Isnin, 2 September 2013

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

KAUM MURUT

PAKAIAN LELAKI
Dikenali dengan
pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu.
Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket.
Aba puputul-cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu.
Tupi sinulatan-perhiasan kepala pula diberbuat  daripada kulit kayu.


WANITA
Pakaian mereka terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik.
Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk Kaum Murut ialah pipirot,salupai,sinikot,rarangkol dan holong.



 

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

KAUM KADAZAN

Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.

Kain asas  Fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas(teriko vernakular) untuk pakaian seharian. 

Pakaian kaum wanita
Sinuangga’  Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan. 

Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut. 

Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas. 

Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya. 

Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila sipemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala. 

Kihongon Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’. 

Simis – blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U. 

Tapi Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah. 

Aksesori
Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. 

Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang. 

Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. 

Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak 

Gohong Gelang tembaga atau perak , Hamai Rantai leher , Simbong Subang , Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas.
 
Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.  

Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli. 

Pakaian lelaki
Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas.
Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.
Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.
Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.



PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

KAUM BIDAYUH

    Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah danputih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirtbidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah daritiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak. Pakaian wanita dan lelaki kaum Bidayuh Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin berwarna gelap dipadankandengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.Pasangan Melayu Sarawak pula, lelaki akan berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. 




PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

KAUM IBAN
    Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainyaOrang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan siratserta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain tenundan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulukenyalang. Wanita Iban memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kembandan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri saratbarangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.
Pakaian Tradisional kaum Iban Wanita Orang Ulu pula, banyak menggunakan manik dan labuci sebagaipenyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif asodan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telingayang menjadi kebanggaan bagi wanitanya. Lelaki memakai kulit kambingsunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang.Wanita menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dannaga.Pakaian suku kaum Orang Ulu.