KAUM KADAZAN
Pada
amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana
berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan
pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya
ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus
dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian.
Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu
upacara.
Kain asas. Fabrik komersial hitam; sutera
atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas(teriko vernakular) untuk pakaian
seharian.
Pakaian kaum wanita
Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher
berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi
sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan
belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah
dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa
dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari
bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak
perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus
menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum
Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.
Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai
sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila sipemakai
keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan
dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala.
Kihongon Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh
wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara.
Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’.
Simis – blaus dalam warna putih dibuat dari kain
kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U.
Tapi’ Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya
kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan
keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran
perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.
Aksesori
Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak.
Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling
pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.
Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang
tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan
merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang
belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya
di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas..
Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah
memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.
Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan
mengetatkan sanggul.
Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau
perak
Gohong Gelang tembaga atau perak , Hamai Rantai leher , Simbong Subang , Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas.
Siga do bobohizan Dipakai oleh
Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan
hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan
dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk
kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh
kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir
semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda,
sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan
juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan
potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi
tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di
bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala.
Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.
Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh
bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai
berselang-seli.
Pakaian lelaki
Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa
sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas.
Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang
berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.
Kaking atau toogot Bengkung
pinggang hitam
Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar,
dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular
sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat
sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.
Tupi’ sinikat Topi bulat
dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan
siga.
Dusun ada Tudung kepala kah saya pernah melihat Tarian yang mengenakan Tudung hitam berenda emas
BalasPadamTudung kepala itu kena panggil "Sunduk". Ia pakaian popular suku kaum Dusun Liwan, Bundu, Tindal dan Tobilung.
PadamDimana boleh beli baju ini
BalasPadamDi mana mau cari renda original baju kadazan penampang?
BalasPadamSeandai apa maksudnya
BalasPadamSandai
BalasPadamTq untuk maklumat anda
BalasPadamKenapa guna sayuran sebagai pewarna kain
BalasPadamNama pakaian tradisional kadazan lelaki APA
BalasPadam